Site announcements

Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) di Fakulti/Institut/Pusat di UKM hendaklah dijalankan secara atas talian

by Admin -

Pihak Universiti telah membuat keputusan untuk langkah berikut:

i. Semua aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) di Fakulti/Institut/Pusat di UKM hendaklah dijalankan secara atas talian sepenuhnya bermula 16hb Mac 2020.
ii. Semua aktiviti praktikal dan di luar kelas ditangguhkan.
iii. Pelajar dibenarkan mengikuti aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran secara atas talian di rumah masing-masing.

Mohon kerjasama untuk memaklumkan kepada semua warga di Fakulti/Institut/Pusat masing-masing bagi memastikan arahan ini dilaksanakan sepenuhnya